Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Bismillah

InsyaAllah Jumaat ni, 26 Oktober 2012 umat islam akan Menyambut Hari Raya Aidil Adha.Bila tengok jek rancangan panggilan haji dekat Astro Oasis, semangat nak jejak kaki ke tanah Suci amatlah tinggi sangat berkobar2 rasanya. Kadang2 terasa sayu dihati.. hurmmm memikirkan sempatkah aku jejak kaki ke tanah suci? Ya Allah berilah kesempatan pada hambu ini.Kurniakanlah rezeki kepada ku dan keluargaku Ya Allah.

Alhamdulillah selaam 28 tahun aku hidup ni, tahun ni Dengan izin Allah aku akan buat korban satu bahagian. Dah lama berniat nak buat korban ni, tapi ye la rezeki tak mengizinkan. Tapi Alhamdulillah tahun ni dapat jugak aku capai satu matlamat.

Kalau tak ada aral melintang, malam ni aku akan gerak balik ke kampung. Hari Raya Haji kedua ada majlis sambut menantu atau bertandang adek lelaki aku.Semoga segalanya berjalan dengan lancar... Amin.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2012 semua...hati-hati dijalan raya..

0 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home