Saturday, December 31, 2011

Sayonara 2011

Bismillah...




Hari ni Sabtu 31 Dis 2011 merupakan #LastDayOf2011.. wahhhh dah nak berakhir tahun 2011 ni. Semakin lama terasa makin cepat masa berlalu. Alhamdulillah dengan kebesaran Allah kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus menumpang di bumi Allah yang tersangat luas ni... SubhanAllah.. aku bersyukur kepdamu Ya Allah...

Tahun 2011 merupakan tahun yang tak banyak berlakunya perubahan dalam hidup aku. Semua masih sama seperti tahun-tahun yang sudah. Cuma tahun ni, usia semakin meningkat.. dan lg 2 hari akan meningkat lagi. huhhu.. Tahun ni yang lainnya bila umi ngan abah dah bersara. Dedua da pencen dan menghabiskan masa2 mereka dirumah. lebih menumpukan perhatian pada kewajipan2.. dan amalan2 kepada Yang Maha Esa.

Aku masih lagi menguruskan cc yang di modalkan oleh abah. Alhamdulillah semakin hari semakin ok perniagaan aku ini. Pejam celil pejam celik dah nak masuk 5 tahun aku berniaga. Alahmdulillah aku dapat menempuhi segala dugaan dan rintangan dengan tabah.

Kesihatan aku tahun agak merosot sedikit. Bila aku selalu pening2 kepala dan tak berapa sihat. Hope tahun 2012 nanti kesihatan aku bertambah baik. InsyaAllah.. tak banayk perubahan yang berlaku dalam hidup aku. masih banyak lagi cita-cita dan #wishlist yang belum aku penuhi untuk tahun 2011 ni. Taka pa.. aku boleh merealisasikannya tahun depan, tahun 2012..


Banyk juga tragedi2 yang berlaku sepanjang tahun 2011 ni kan. Semoga kita masih diberi kesempatan oleh Allah  untuk bertaubat dan berdoa sebelum terlambat.

Harapan untuk 2012 semoga segalan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..Semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat Umi, Abah, my sibling, my bro inlaws n my niece!... Dijauhi dari perkara-yang buruk dan di murahkan rezeki... dan dipelihara hubungan baik kami semua... Amin Amin Ya Rabbal Alamin...


GOOD Bye 2011~~~ gonna miss u...

Wednesday, December 28, 2011

#24 Wordless Wednesday Nikon 1

Bismillah..


*Wishlist 2012 maybe??.. Veranganzzzz

Saturday, December 24, 2011

Resepi Pavlova

Bismillah...

Alhamdulillah, Impian nak buat Pavlova berjaya jugak akhirnya.. heee.. hari Khamis pergi kedai cake n beli bahan2 dia...buah pulak minta along belikan dekat KL nun.hahha kebetulan dia ada kat sana.kat sini ada buah2 import tu cuma tak fresh.

Esok tu, hari Jumaat dan i cuti kebetulan pulak adek i yang belajar dekat uitm tu balik.So memang boleh sangat la buat kan...lagi pun adek i tu bab2 tolong2 ni dia memang lah suka..heee

Memula buat tu memang ikut 100% resepi kak yanmie. tapi masa  prose nak membakar tu ada masalah prob pulak.mybe sebab my oven ni kecik n i mmg tak reti nak setkan masa dia... dari sejam jd 2 jam br bebetul masak.. heee Tapi ok lah sebab puas hati... my adek2 suka..dorang cakap SEDAP! perghhh hahah first try dah boleh dikatan mejadi. heee.Oleh kerana ni first try, so tak berani lah nak buat banyak kan... mmg tak cukup..sempat bagi dekat my bakal adik ipar je sekeping.dia nak rasa..pastu licin...heee akan dibuat lg nanti..senang kot kan.. nak tau resepi dia? itu i ada bg...tu resepi dari blog kak yanmie tau...


Bahan-bahan :-
  • 4 biji telur (Putih telur)
  • 1 cawan gula kastor (saya guna setengah cawan)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :

  • 1 cawan (240 ml ) whipping cream (1 kotak kecil)
  • 1 1/2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • Buah buahan (Blueberry & Strawberry)
     
Cara-cara Membuat Pavlova: 
  1. Terlebih dahulu asingkan putih telur dari kuning telur, kita nak guna putih telur je, pukul putih telur menggunakan hand mixer pada kadar kelajuan yang perlahan, tunggu putih telur jadi soft peak form
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul pada kelajuan yang tinggi, sehingga bertukar menjadi putih yang berkilat, angkat pemukul, tengok kalau bahan tersebut menjadi ke tak, kalau tak jatuh tu maknanya meringue uols berhasil. kemudian masukkan esen vanilla, tepung jagung dan cuka, saya terus masukkan je dalam adunan tu.
  3. Ambil kertas minyak, gariskan bentuk bulat pada kertas minyak dan terbalikkan untuk meletak meringue tadi, kiranya nanti senanglah nak bentukkannya 



Proses Membakar :
  1. Masukkan adunan meringue dalam oven  pada suhu 150′ C, (bergantung kepada jenis oven uols ok)  Masak selama 1 jam. (atau sehingga masak) terpulang pada anda.
  2. Tanda meringue dah masak, ianya kelihatan berwarna coklat muda sikit kalau pegang luar rasa garing, dalam lembut, tapi awas sebab ianya mudah retak, kena berhati-hati semasa mengeluarkan meringue tersebut dari kertas minyak. Oh ye, sebelum tu biarkan dalam oven dulu, buka pintu oven, biar sejuk sekejap barulah keluarkan terus dari oven.
Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental
2- Masukkan gula dan esen vanila
3-lepas tu boleh la disejukkn dalam peti ais sementara menunggu pavlova masak dan sejuk.
4. Hiriskan buah buahan yang uols suka.. contoh seperti kiwi, blueberry, strawberry dan apa2 ajalah buaha yang uols suka.
5. Bila pavlova tadik da beebtul sejuk, uols boleh laa sapukan whipping cream yang da siap tyadi sebanyak mana yang uols suka, lepastu hiaskan la dengan buah2 tadi...dah siap!!heee..

Tadaaa... hasilnyaa walopon comot dan tak seni langsung! sebab anak2 buah yg tolong hiaskan ;p

* kalau uols tak suka manis, uols boleh kurangkan sukatan gula ok...sebab semalam i buat agak manis padahal gula hanya setengah.kalau ikut resepi asal 1 cawan kot..
* kalau tak habis makan, simpan dalam peti sejuk.Sebab nanti whipping vream tu akan cair...
* Ini MANISAN ok bukan KEK! so memang manis dan tak guna TEPUNG KEK! heeee 


Ok bai...

Wednesday, December 21, 2011

#23 Wordless Wednesday- Drama


Dah tau yang drama Nora Elene ni dah lama tamat..but, i br mula tengok.Sebab i xberkesempatan nak tengok b4 ni sebab i balik keje lewat...so i da start tengok...heee memang best giler..nak2 ada Aaron Aziz  my peberet actor ever! wink2..heee

Monday, December 19, 2011

Dulu Macaros sekarang Pavlova

Bismillah..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kerana i feel better than yesterday.TQ Allah... amin amin Ya Rabbal alamin. Walaupun tak sehat 100% tapi syukur..lebih sehat rasanya. :)

Sekarang mengidam sesangat nak mentry Pavlova. Uols tahu apa itu Pavlova? haaa merujuk kepada encik google... 'Pavlova is popular dish in Australia and New Zealand.Pavlova has this crunchy shell, while the inside remains soft.. perhh maksudnyaa : 'Pavlova adalah hidangan popular di Australia dan New Zealand.Pavlova telah ini shell rangup, sementara bahagian dalam masih lembut.

pic cilok fromm Google 


Dah tengok full resepi dekat blog kak yan. So drooling ,aa tengok pic dia..memnag nak buat sangat2 ni..macam teramat mudah.Tak guna tepung ok.. just guna telur putih n gula kastor..nyummmy....

InsyaAllah kalau ada time nanti mmang akan mentry..huhuhu..am so mengidam dam dam bunyi mercun ni tahu tak? kah3.. xD..uols pun kena try tau... Dulu ngidam macarons..dh terubat..tapi nak buat macarons mang tak la kan.hahahha macam ssh..(padahal malas) huuuuuuuuuuuuuuuu...


kalau uols nak resepi leh bukak blog kak yan tu ok.....mr kita sama2 buat. heeee..



p/s: plan nk buat trifle pun tak tercapai lagi...n along request buatkan lasagna...heee InsyaAllah akan dibuat b4 sekolah bukak.. ;)

wasssalam

Sunday, December 18, 2011

Pening Kepala

Bismillah..

uish..kepala pusing sangt hari ni.Ala macam tak biasa kan..Sebenarnya da selalu sangat i ni pening kepal sampai berpusing2 satu dunia. Tapi lepas tidur, 2, 3 hari ok laa huhhu tak g klinik sebab entah.macam malas..benda yang sama jugak diulang2..kes kandungan darah rendah.

tapi hari ni umi siap call dari kg, suruh jugak i g klinik..check mana tau ada benda lain.So, i pun gagahkan la kaki ni berjlan ke klinik ajak my sista temankan..naseb baiklah klinik blakang tempat kerja i je.lepas daftra terus masuk bilik.i cakap pening kepala sebab dulu ade kes anemia..n doc pun check mata kot2 ada masalah sebab i rabun..tp xder pape masalah.tekanan darah, normal jantung  normal paru-paru pun normal.Alhamdulillah..bimbang gak kalau2 ada masalah organ dalaman yang lain. (mintak jauh)

Doc tgk mata..lepas tu doc cakap pucat. So suspect my Hb darah rendah so oksigen kurang dalam darah ke kepala that's way la i jd pening2 selalu.Tengok, kan da cakap kes yang sama.huhuhu.. so, doc bg ubat sakit kepala+pening kepala dan Vitamin untuk tambah darah.


Doc pesan lagi awak kena banyakkn rehat, tidur secukupnya dan banyakkan minum air kosong dan jangan stress2.Ok doc,  i dengar pesanan mu itu heee..

Sekarang i feel better than before..eceh..speaking u.. hahha.. tapi stil rasa lah huyung hayang time nak jalan dan nk pusing kepala ni.-______-...

Oklah..need to rest..walopon tak sehat i tetap kerja..sebab i tak suka dok umah sorang2..

ok babai.. :)


Thursday, December 15, 2011

Filem Ombak Rindu



Bismillah



Hello semuaa... apa khabar... wah2 tak lama je lagi kita akan masuk ke tahun baru... tahun 2012! pehhh masih banyak perkara yang belum tercapai...boleh ke di forwardkan ke tahun depan? hurmmm

Actually 2 hari lepas i pergi menonton Filem Ombak Rindu... heee oh mybe dah agak terlambat kot..sebab filem ni keluar pada 1 Dis 2011 kan..i pergi tengoh 14 Dis 2011.. tapi still ramai kot penuh panggung tu.Walhal i pergi tengok pukul 10.05 malam..pehh semangat2... macam tak plan sangta pun nak menonton Filem ni.memang nak sangat tengok, tapi macam xder masa pastu my sis sayang linda tetiba jek PM kt Fb cakap..akak jom Ombak Rindu.. wah! plan..dia terus bookedkan tix..pehh balik kerja dah pukul 7.30, mandi, solat dan terus bersiap.pukul 8.30 gerak...kitorang pergi 8 orang..wahh ramai kan.. hahah.. penuh la satu Grand Livina Impul My sista Linda tu.. hik3..dah macam prebet sapu..kah3..

Semangat ok! gerak...ke ECM East Cost Mall Kuantan.Dalam Kereta mang tak stop gelak la..ada jek dorang nk bahan membahan.. adeiii seronok betul ...sampai dah sipi2 jek masa...beli air+popcord terus masukk...layannn...

rombongan cik kiag & pak abu ;p

Oleh sebab i dah baca Novel Ombak Rindu, so macam dah tau la kan jalan cerita dia.Tapi yup, memang Filem ni telah diolah sedikit...bg simple skit kan.kalau nak ikut sebutir novel lusa pon tak habis lagi kot.ekeke.janji jalan cerita dan endingnya memang sama cam lam novel.Sepanjang 2jam lebih cerita ni..xder satu part pon yang i rasa bosan..part paling banyak mestila nagis2 kan, sedih..kekasaran, kegedikkan, kelakar pon ada sikit (sebab ada yag gelak2), yang adegan tutt tu ada jugak dalam 3 cam tu aklau tak silap i.tapi still boleh ditonton sebab tak teruk pun.just nice gitewww woo woo -..-..

Dengar lagu ni...sedihnyaaaa huwaaa :'(


Memula tunjuk maya, n than masa keluar jek muka Aaron semua macam waaaaaaaaaaaaa hahah teruja ok! (i la tu) kah3...dalam filem ni, semua pemegang watak berjaya membawa watak masing2 la.. Lisa (Mila) gedik, garang,manja maya(Izza) sopan, baik,lemah lembut Aaron (Haris) jahat, panas baran, romatik awww luv it!
rasa macam nk tgk lagi skali jek. heee..

*suka dengan watak Izzah (maya Karin) lam filem ni...so tacing2*
* Love ngan Aaron aziz (haris)... masa dia menangis tu..pehhh *cair*
sapa yang belum tengok sila la g tengok ok...tengok dulu br komen... heeee
waallahualam...

ok babai...

Wednesday, December 7, 2011

#21 Wordless Wednesday-Saket Tekak

Bismillah..

Hope berkesan laaahh...tak tahan woooo perit giler tekak ni....minum air suam, air limau suam..semua tak berkesan..huhuhu -__________-

Tuesday, December 6, 2011

Not Well

Bismillah..

Huhuhuhu..mood tak sehat.Hari ni baru terasa amat perit tekak ni.nak menelan pon sakit je..pastu selsema..asek terbersin je dari pagi tadi...huwaaaahhh....
Sekarang memang musim orang tak sehat kan. Ramai kawan2 iols yang demam, batuk selsema jugak.Termasuklah family iouls.

Anak2 buah iols dah demam seminggu kot..sampai muntah2 bila batuk, my kak long, kak ngah, umi mybro inlaw pon demam jugak.br semalam kena...boleh dikatakan seluruh family iols tengah tak sehat lagi sekarang ni.

Mungkin juga penangan kepenatan dan perubahan cuaca..kejap panas kejap sejuk kejap hujan. lepas tu masa pergi KK hr tu..mygaddd panas gegiler...huuhu...

Sekarang untuk mengelakkan perit tekak ni semakin parah, iols hanya minum air kosong dan limau suam jek.tapi still perit lagi ni..huhuhu...hope cecepat la baik kan..xselesa nak kerja kalau badan tak sehat. -..-

Pada uols yang tak sehat tu cecepat lah pergi jumpa doc ok...makan ubat..rest cukup2..jgn main hujan...jgn berjemur ngah panas..untuk elakkan demam teruk..

(cough!2) ekusmi..huhuh

Sunday, December 4, 2011

Pertunangan adek


Bismillah...

Hello!!!!
Selamat berhujung minggu semua....hari ahad kan..tapi i akt terengganu ni kerja..huhu..Alhamdulillah.....segalanya berjalan dengan lancar semalam..my bro selamat bertunang dengan pilihan hatinya... walaupun majlisnya cuklup simple tapi penuh bermakna...wahahha kemaian ayat aku..

Semalam balik kerja da pukul 7.30..mandi..makan..siap2..pukul 8.30 terus ke rumah pihak perempuan..alahh bukan jauh pon satu taman perumahan dengan iols jek...sedara mara pun cuma pak cik i, pak din satu family jek yang hadir.Sebab umi ngan abah xnak la kecoh2 lagi...bertunang je kan...lagi pun macam xelok la buat besar2 ajak semua orang kan..

Tema malam tu PINK..dan i memang da tau dr awal lagi...so melaramlah dengan baju pink yang zaman bila punya entah.hhha...
ok lahh semoga hubungan ini berkekalan sehingga ke jinjang pelamin kelak....dapata dek ipo la iols tak lama lg...dh la langkah bentul iols..menyampah tahu... hahahhah xD

 umiku...

 kami 

 before berangkat 

 bakal besan

cincin tunang


wassalam.... :)

Thursday, December 1, 2011

Holiday Di Kota Kinabalu Sabah




Bismillah...

Hello....wah3..sakan naa bercuti...plan cuti dalam 4 hari jek, tapi melarat pulak sampai  7 hari.kemain kau kan...cuti sakan. Dah2 hari ni mari lah kita bekerja balik, elok2 jek masuk bulan baru dah hari ni.1 Disember 2011...wah..cepatnya masa berlalu.. ok la..nak cerita sikit pasal trip i ke Kota Konabalu sabah selama 4 hari 3 malam yang sangat full dan pack.. heee

Hari pertama (Jumaat 25  November 2011)

Bangun seawal jam 3 pagi. Sebab flight kami pukul 7.30 pagi.So memang kena bangun awal2 la kan..dari rumah kak ngah yang terletak di Puchong ke KLIA memakan masa dalam 30 minit jugak kalau tak silap.So, lepas siap2 mandi ape semua. dalam pukul 5 pagi kami gerak ke KLIA dengan 2 buah kereta. Sampai dekat KLIA, terus abah dengan kak ngah dan abang jaf my bro inlaw uruskan pasal tiket.Sempat solat subuh dulu. Dalam pukul 7 kami check in dan terus masuk dalam kapal terbang (ini my 1st experience ok naik kapal terbang) kesian kan.. hahah..
Dalam kapal terbang memang terasa sangat seronok, teruja dan sebagainya. dan nasib baik my anak2 buah tak buat perangai..masing2 sangat happy...dan bising..buat macam rumah sendiri..okfine.hahah.kami disajikan Breakfast nasi lemak atau roti gulung dengan kari ayam.
Dalam pukul 10.30  pagi , kami selamat mendarat di Kota Kinabalu International Airport.. yeepii... Alhamdulillah...finally...
Van yang kami sewa da sedia menunggu.Kami dibawa ke  Harbour City untuk makan tengah hari, lepas tu terus ke Pasar Kraftangan..masa ni penat..ngantuk semua ada..so xshopping lagi..just usha2..n than br la kami ke Condo yang kami sewa di Marina Court...pehhh...terus landing.....penatt xleh nak cakap dah.Rehat sekejap, lepastu masing2 dengan aktiviti masing2 la..ade yg tidur, ada yg pergi cari makanan dan ada yg swim2  kat pool...i salah sorang yer yg g swimming tu..hee air sejuk giler kot..dh la tepi laut..ohmaiii best sangat.
Hari Kedua (Sabtu 26 November 2011)

Bangun sewal jam 5 pagi...almaklumla..Sabahkan cepat satu jam berbanding semenanjung..so pukul 5 tu da cukup cerah terang benderang macam pukul 7..mandi2..sarapan..lepastu terus gerak Kundasang, Sabah. No guide pon..just serah 100% pada GPS...abang ipar yang drive. heee..Singgah dekat pasar kundasang....wah...kat sini dah terasa angin yang sejuk...shopping2...ambik gambar..posing2...lepas tu teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu Park... haaa kat sini lagi la best...sejuuukkkk macam cameron highland la lebih kurang...tapi permandangan dia...Ya Allah..sangat amazing! cantik
SubhanaAllah....nampak Gunung Kinabalu...walaupun tak dapat daki...tgk pon da cukup2 teruja!
penat posing sana sini...solat Zohor dulu..lepastu gerak pergi makan pulak..bab makan memang kena jaga2,,sebab tak pasti mn halal mn tak...so lepas ditanya2..dan kompem halala, kami singgah makan dekat kundasang...bawah tu,,, nasi+sup...walauopun makan xsesedap mana,.,,tp oleh sebab kelaparan, kami bedal jek..heee..
Rehat dekat condo jap b4 ke pasar malam...masalah bila berjalan ni kan...kaki cepat benau la lenguhnyaaa..huhu...malam lepas solat maghrib, kami ke pasar malam pulak... wahh dekat sini..punyer la murah kristal.,mutiaranya...gegila jugak la kami shopping.nak2 umi..kalau bab tawar menawar boleh menangis tuan punya kedai.hahahah...aku just tilik2 n sambar satu gelang mutiara ni..cantik giler dan murah...kalau kat sini harga boleh mencecah RM 30-40..kat sini boleh dapat dengan harga RM20 la paling mahal pon.
lepastu singgah ke Pasar Malam Ikan bakar..wahhh kat sini boleh rambang mata tgk berbagai jenis ikan, udang dan makanan laut yang dorang jual..pergh..meleleh..harga yang sangat berpatutan..dan layanan dorang yg sangt laa baik dan lemah lembut.,.masih terngiang2 suara mereka..hahaha..dah membaham beberapa jenis makanan laut, tapau dan mkn di condo....kekenayangan kot..dan berpuas hati..
Oleh sebab kat sini malamnya awal, so pukul 10 kami da terlena dubuai mimpi.hahah awal kan...
Hari Ketiga (Ahad 27 November 2011)

Bangun, mandi dan sarapan....nasi lemak.tapi xpedas langsung..huhu..boleh laaa mkn telan2..hee..Hari ni kami ke Muzium Sabah dan Taman Warisan Sabah (kampung mini).
Kesian  driver kami aka my abang ipar, sebab demam teruk malam tu..mybe kes sejuk..pastu panas...n kes penat menekan gear dan clatch semalam ke kundasang.huhuhu...
Tikert masuk ke Muzium cuma RM 2 untuk dewasa dan free jek untuk warga emas dan kanak-kanak.Tak best sangat sebab muzium ni sedang dalam proses renovate..so banyak yg ditutup.huhu..kami ke taman Warisan Sabah atau pun kampung mini  yg terletak belakang Muzium, sahaja...dan tak perlu bayar...kat sana ada banyak sangat rumah-rumah berbagai kaum masyarakat Sabah. Penat memang tak dapat nak story la beb..hahah giler lenguh segala urat saraf...
Lepas tu kami ke Center Point Sabah. makan tengah hari di food court.lepas makan balik ke condo dan rehat sekejap.lepastu sambung shopping lagi ke pasar filiphine dan pasar malam. masa ni la  i mula membeli macam2...oleh2 untuk2 kawan kat sini...mutiara, kristal,gelang manik, brooch, macam2 la..tapau makanan dekat pasar ikan bakar lagi untuk makan malam.
Satu tempat yg kami xsempat pergi iaitu Tanjung Aru..sebab hujan..huhuhu..
Lepas mkn malam...time tu packing2..sebab esoknya flight kami ke KLIA jam 10.45 pagi..so mmg la kena gerak awal skit kan..banyak jugak la barang yang kami beli.hahaha..packing punya packing....semua beg da sarat..time to ZZzzzzzz..
Hari Terakhir (isnin 28 November2011)
Mandi, sarapan, siap2...lepas tu van datang ambil.Gerak ke KK International Airport...lepas check in barang....dapat tix, lepas dekat imigresen...kami naik kapal terbang.masa ni my anak2 buah semua tido,.hahah..Pramugara dan pramugari penerbangan MAS ni menag ramah mesra dan hensem serta cantik2 belaka lah..(mood gatai).hahah...kami disajikan mkn tengah hari...mee ayam @ nasi lemak sambal udang.So mee ayam menjadi pilihan.sebab masa ke KK..i da mambaham nasi lemak..heee..
Masa nak mendarat ke KLIA...agak menakutkan..sebab kedaan cuaca yang kurang baik...so kami di arahkan seupaya duduk ditempat masing2 dan memakain seat belt...wah..kecut jugak time kapal terbang bergegar2...masa melalui awan dan angin yang kuat...tapi Alhamdulillah..kami selamat mendarat..pada jam 1.15 tgh hari..fuuhhhh

Rehat sekejap kat rumah kak ngah, makan tengah hari, lepas asar abah, umi dan 3 adek i balik kemaman..sebab dorang dah mula keje,,dan asde yang kn balik kolej dah.i tak balik..stay dulu kat rumah kak ngah dengan kak long.

Selasa 29 Nov 2011 - Rabu 30 Nov 2011

2 hari berada di rumah kak ngah kami ke Shah Alah..ke  SACC Mall, ke Taman Tasik Shah Alam dan ke IOI  Mall puchong. Semalam br i balik ke kemaman..n hr ni keje...heee...

Dalam planning untuk next year, InsyaAllah kalau ada rezeki, panjang umur dan xder apa2 hal, kami akan ke Kuching Serawak pulak. heee.. *kumpul duit*..
Neway, trips kami ke KK ni di support oleh my umi terchenta..heee..makan, penginapan dan tiket kapal terbang.Shopping guna duit pioket sendiri..hee TQ Umi...*terharu*

Kos anggaran kasar:

Tiket KL-KK & KK - KL  (MAS) : RM 360 (pergi-balik)- seorang

Penginapan : Marina Court . Ada 3 bilik, 2 bilik air, dapur, ruang tamu lengkap dengan segala perabut termasuk tv, mesin basuh, dapur etc etc : RM 350 (satu malam) - ada swimming pool yg besar dan best dan mengadap laut...

Transport : Van Urvan memuatkan  10 orang dewasa RM 260- RM 300 satu hari.(without driver)
Airport Transport : RM 100

Makan+minum anggaran RM 20 (pagi, tgh hari, malam)- seorang
Shopping2 : RM 100-200 seorang (ikut pada jenis barang dan tawar menawar )




Nuffnang