Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Saturday, December 24, 2011

Resepi Pavlova

Bismillah...

Alhamdulillah, Impian nak buat Pavlova berjaya jugak akhirnya.. heee.. hari Khamis pergi kedai cake n beli bahan2 dia...buah pulak minta along belikan dekat KL nun.hahha kebetulan dia ada kat sana.kat sini ada buah2 import tu cuma tak fresh.

Esok tu, hari Jumaat dan i cuti kebetulan pulak adek i yang belajar dekat uitm tu balik.So memang boleh sangat la buat kan...lagi pun adek i tu bab2 tolong2 ni dia memang lah suka..heee

Memula buat tu memang ikut 100% resepi kak yanmie. tapi masa  prose nak membakar tu ada masalah prob pulak.mybe sebab my oven ni kecik n i mmg tak reti nak setkan masa dia... dari sejam jd 2 jam br bebetul masak.. heee Tapi ok lah sebab puas hati... my adek2 suka..dorang cakap SEDAP! perghhh hahah first try dah boleh dikatan mejadi. heee.Oleh kerana ni first try, so tak berani lah nak buat banyak kan... mmg tak cukup..sempat bagi dekat my bakal adik ipar je sekeping.dia nak rasa..pastu licin...heee akan dibuat lg nanti..senang kot kan.. nak tau resepi dia? itu i ada bg...tu resepi dari blog kak yanmie tau...


Bahan-bahan :-
  • 4 biji telur (Putih telur)
  • 1 cawan gula kastor (saya guna setengah cawan)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :

  • 1 cawan (240 ml ) whipping cream (1 kotak kecil)
  • 1 1/2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • Buah buahan (Blueberry & Strawberry)
     
Cara-cara Membuat Pavlova: 
  1. Terlebih dahulu asingkan putih telur dari kuning telur, kita nak guna putih telur je, pukul putih telur menggunakan hand mixer pada kadar kelajuan yang perlahan, tunggu putih telur jadi soft peak form
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul pada kelajuan yang tinggi, sehingga bertukar menjadi putih yang berkilat, angkat pemukul, tengok kalau bahan tersebut menjadi ke tak, kalau tak jatuh tu maknanya meringue uols berhasil. kemudian masukkan esen vanilla, tepung jagung dan cuka, saya terus masukkan je dalam adunan tu.
  3. Ambil kertas minyak, gariskan bentuk bulat pada kertas minyak dan terbalikkan untuk meletak meringue tadi, kiranya nanti senanglah nak bentukkannya 



Proses Membakar :
  1. Masukkan adunan meringue dalam oven  pada suhu 150′ C, (bergantung kepada jenis oven uols ok)  Masak selama 1 jam. (atau sehingga masak) terpulang pada anda.
  2. Tanda meringue dah masak, ianya kelihatan berwarna coklat muda sikit kalau pegang luar rasa garing, dalam lembut, tapi awas sebab ianya mudah retak, kena berhati-hati semasa mengeluarkan meringue tersebut dari kertas minyak. Oh ye, sebelum tu biarkan dalam oven dulu, buka pintu oven, biar sejuk sekejap barulah keluarkan terus dari oven.
Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental
2- Masukkan gula dan esen vanila
3-lepas tu boleh la disejukkn dalam peti ais sementara menunggu pavlova masak dan sejuk.
4. Hiriskan buah buahan yang uols suka.. contoh seperti kiwi, blueberry, strawberry dan apa2 ajalah buaha yang uols suka.
5. Bila pavlova tadik da beebtul sejuk, uols boleh laa sapukan whipping cream yang da siap tyadi sebanyak mana yang uols suka, lepastu hiaskan la dengan buah2 tadi...dah siap!!heee..

Tadaaa... hasilnyaa walopon comot dan tak seni langsung! sebab anak2 buah yg tolong hiaskan ;p

* kalau uols tak suka manis, uols boleh kurangkan sukatan gula ok...sebab semalam i buat agak manis padahal gula hanya setengah.kalau ikut resepi asal 1 cawan kot..
* kalau tak habis makan, simpan dalam peti sejuk.Sebab nanti whipping vream tu akan cair...
* Ini MANISAN ok bukan KEK! so memang manis dan tak guna TEPUNG KEK! heeee 


Ok bai...

0 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home