Tuesday, September 28, 2010

Ada Apa Dengan NewTwitter....

Bismillah...

Salam selasa my fwenss...hari yang sejuk coz dari semalam hujan renyai2 jek...nyaman..seh...hohohoho...

Dua tiga hari yang lepas agak kecoh pasal #newtwitter. Uols tau pe itu #newtwitter? pada yang memang kaki tweet cam i ni, mang agak tertunggu2lah nak dapatkan #newtwitter ni. Actually tak tau apa-apa pun pasal benda ni. Bila tengok #newtwitter da jadik topik hangat, da jadi tranding topik baru lah tau. Sampai adelah yang mula hangin..geram dan emo pasal benda ni HAHAHAHHA.. yang sound2 orang lain pun ade...halah..kalau nak sound pelis la mention kan name, xpayah la nk malu2 ke takut? ekekek tau lah..ko memang suke carik pasal minah sepet oit...Opssst...ok dah..

Sebenarnya nak bagitau yang i baru jek dapat #newtwitter hari ni...Mula-mula tengok status tweet CikNurull, n than try la bukak web twitter mane lah tau kot2 la dapat....hohoh tak sangka la plak..dapat..hekhekhek...nak klik try it now cam nebes skit...HAHAHA. POYO!

klik untuk tumbesaran eh

Ok lah, bila da klik..jadik cam ni...cam pic bawah ni ha...ok lah...dia da jadik cam client HootSuite sikit...jd 2 coloums...
klik untuk tumbesaran eh
klik untuk tumbesaran eh

Not bad la kan...lebih senang dan menarik...tapi i suke guna old Reettweet dari new Reetweet..hohoho..kalo guna web ni..nak RT kena copy n paste...lambat lah skit...tapi siyes cakap i lebih suka guna HootSuite lah..hehhe da pernah try semua kot client yang ada macam echofon,dabr,tweetdeck,snaptu,seesmic dan banyk lagi lah. HootSuite lebih mudah sebab dia semua dalam satu..nk twitpic pon senang..heheheh...

Pada uOls yang belum dapat NewTwitter tu harap bersabar lah yer...mybe cepat atau lambat jek..pasti uOls akan dapat punyo lah...jangan marah2.jangan hangin...cheer up!!~ngeeeeeeeeeeeee

p/s: kalau rase annoying...harap disorrykn ek..jux nk share,,xder niat riak atau sekampung dengannya~~harap maklum.

Ok, bye....

wassalam..

Nota Comel: tak semua

yang br tu best

sebenarnye,,,=p


Monday, September 27, 2010

happy Birthday my pak cik Google

Bismillah...

Am happy sangat bcoz da boleh bukak my buchux blog guna pc kat my cc ni.huhuhu..caranya, i da remove semua browser2 yang ado..and than i install yang baru..finally...da boleh, kalau lah i terpk cepat.adess mang agak slow i ni.hohoho

Today jux nak wish HEPPY BEFDAY to pakcik ku.. pak Cik Google..ngeeeeeeeeeeeeee baru tau actually masa i buka browser tadik..n than ada pic cake...ooo yang ke 12 tahun upenyer.

Dulu, i selalu guna yahoo browser, but now...i sayang sangt kat pak cik Google yang sachok ini..jarang buat hal, cepat dan best lah...nak2 kalau uOls guna iGoogle n search image...woohooo banyak tu...i like!

Ok lah...tu jek nak bebel today..hari pon da lewat...sakit pewot ni gak hilang2 dari semlam..huhuu..siap bangun kol 5 pagi berry2..huhu...sakit mencucuk2..kenapa pon aku tak taulah...k lah..

babai...see u when u see me k!!

Nota comot : entah pape jek entry ni.

huhhu


Thursday, September 23, 2010

Oh! iPhone 4 di Malaysia......


Bismillah...

Sekarang agak susah nak update blog sebab blog i xboleh nak bukak guna pc kat cc i.Tak tau la kenapa...HUHUHU.. guna lappy pink i kat rumah ni boleh la pulak, pe masalah entah...mlas nak pk2..sakit kepala...T__________T..

Nak update skit la pasal gadget terbaru yang dah pon keluar baru2 ni, tapi baru jek dilancarkan oleh Maxis malam ni...kat Hotel Garden Mid Valley (23 Sept 2010-25 sept 2010) ....wahhhhhhhhh uOls tau pe? tu la...iphone 4!! pehh nak!! nak!! T_T'

Harga dalam

RM 2,290 untuk 16 GB (Black) dan RM 2,690 untuk 32 GB (Black)
Fuhh leh tahan la mahalnyerss tuh...xmampu den oit...berangan boleh la kot.,,,huhuhu.

Specification:

Size and weight
Height: 4.5 inches (115.2 mm)

Width: 2.31 inches (58.6 mm)

Depth: 0.37 inch (9.3 mm)

Weight: 4.8 ounces (137 grams)

Display

  • Retina display

  • 3.5-inch (diagonal) widescreen
    Multi-Touch display

  • 960-by-640-pixel resolution at 326 ppi

  • 800:1 contrast ratio (typical)

  • Fingerprint-resistant oleophobic coating
    on front and back

  • Support for display of multiple languages
    and characters simultaneously
Capacity

  • 16GB or 32GB flash drive
Cellular and wireless

  • UMTS/HSDPA/HSUPA

  • (850, 900, 1900, 2100 MHz)

  • GSM/EDGE (850, 900, 1800, 1900 MHz)

  • 802.11b/g/n Wi-Fi (802.11n 2.4GHz only)

  • Bluetooth 2.1 + EDR wireless technology

Camera, photos, and video

  • Video recording, HD (720p) up to
    30 frames per second with audio

  • 5-megapixel still camera

  • VGA-quality photos and video at up to
    30 frames per second with the front camera

  • Tap to focus video or still images

  • LED flash

  • Photo and video geotagging

Maklumat lanjut leh tengok kat SINI...... kat SINI pon boleh jugak.....pakej yang ditawarkan oleh Maxis jugak sangt menarik..bagi uOls yang der duit lebih2 tu...leh la grab seketul...heheheh..

k lah,,babai....kecewa ni... T_T xdapatnyer Iphone2 ni...Blackberry pon xberbau..huhuhu...xpelah kan..bersyukurlah ape yg ado...

wassalam...

Nota Comel: makin canggih

dunia kn..

sampai xsempat nk

kejar...huhuhu

Monday, September 20, 2010

malware oh binawer....how dare u ey....


Bismillah..

Fuuhh...dari siang tadik berpeluh i berusaha nak bukak blog..blog sendiri ni, bukan blog orang lain...cilanat punya malware...sampai ko block2 belog aku heh..mane datang lah menatang virus binawe ni heh...eh eh..malware ni eh....

Lepas dapat bantuan dari ohtweet dari blog ohmed1a, da try pun xboleh jugak...huhuhuhu..pastu i da give up..lantak arr kan....tapi sayang belog i tu walopon! T______T..

Try lagi skali, buang segala bagai iklan2 duit yang tak seberapa sen tu....baru lah boleh bukak...yahoooooo..huhuhuhu.....rupe-rupenyer bukan belog i jek yang kena...banyak lagi blog2 lain yang jadik mangsa si malware binawe ni..huh...

Masalah ni datang dari Innity..huhuhu..tapi i tak guna innity poin...bila check2 balik...manggaonline pon salah satu penyebab..so removelah , yg tinggal cuma si nuffnang aje...hohoh..dah la..pasni mls la nak pakai pape advert lah...kayanyer tak pon..muahahha....

K lah, pada yang still xleh bukak my belog...uOls leh la bc ek....kt blog ohmed1a tu...tapi yg guna browser firefox la.....

K lah babai....hilang mood jap....sign =.='

Nota comel: walopon blog

cap ayam jek..

sayang tau..huhuh


Saturday, September 18, 2010

Pelakon Terkenal M.Rajoli Meninggal Dunia..


Bismillah...

Siang tadi ada terbaca lam twitter yang pelakon vateren terkenal M.Rajoli sakit tenat dan tadik jam 10.55 malam beliau telah meninggal dunia di Hospital Ampang. Berita dipetik dari BERNAMA:-


KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.

Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.-Bernama

Innalillah...semoga Arwah dicucuri Rahmat..Al-Fatihah...


Nota Comel: Setapyang hidup pasti

akan mati...

waallahualam..



Thursday, September 16, 2010

raya dah habis HOI



Bismillah

Selamat Hari Raya...eh eh..raya lom habis ke hah?hari ni da raya ke 7 kot..so..dah tak raya la kan..ke uOls raya sebulan? cam puasa jugak..OVER tau..HAHAHHA..

I pon da mula kerja hari ni, ikut kan hati memang la malas gilak, tapi oleh kerana pikirkan soal kaver mengkaver bil2 dan jugak sewa2 serta gaji i, i rajin kan jugak lah bekerja today.padahal hari ni kan hari cuti 1 malaysia...i lak keje hoi..sabar jek lah kan..tak pe, kasteme penuh jek ni ha...rezeki2..

Raya ketiga hari tu, my pak cik yang sebaya i bertunang...esok pulak my kazen (lelaki) nak akad nikah kat negeri sembilan..n than lagi 2 weeks buat kendurinya sekali ngan akak die...raya haji nnti my kazen (lelaki) pulak nak kawen..pehh ramai pulak yang nak menamatkan zaman bujang dowang neh..bagus2..leh la mkn free..muahaha..

Sebuat pasal makan kan...time bulan puasa hari tu, berat da turun 2 kilo...now tak tau lah da naik bape kg lak..almaklumlah...raya tahun ni murah betul rezekinyer, asek makan makan makan..huhuhuhu... nasi minyak, longtong, ketupat, nasi impit, rendang, kuah kacang, laksa, mee soto, nasi ayam,nasi daging, nasi boli, dessert paling mantop raya tahun ni ni lak tapai aiskrim...pehh....i xmkan banyak2 takut kang xcukup kaki tangan nak berlari ke jamban..muahahah dan kuih raya paling2 mabeles plak blueberry cheese tart...best jugak sebb i still dapat duit raya...walopon! HAHAHA

ok lah..hope raya tahun depan pon heppy jugak cam tahun...syukur sebab semua ada balik...dan masih bekesempatan nak beraya bersama-sama...tutup soal raya dah...hohohoh T_T.

umi i yg pakai bj oren tu bz layan tetamu..

Nota Comel: sekejap jek masa..tup2..

da habis raya..huhuhu



Sunday, September 12, 2010

Datuk Sosilawati Mati Dibunuh Kejam


Bismillah....

Terkini tentang misteri kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi telah terjawab lewat malam semlam.Berita dipetik dari BERNAMA

BANTING 12 Sept. – Pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi.

Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.

Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.

Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.

Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki.

Ismail enggan menyatakan identiti mereka yang ditahan, walaupun ada sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam.

Terdapat spekulasi mayat Sosilawati dan tiga orang lagi yang hilang itu dibakar.

Seorang sepupu Sosilawati, yang ditemui di rumahnya di Gombak, berkata, polis ada menghubungi mereka tengah hari ini memaklumkan kemungkinan mayat jutawan itu ditemui di Tanjong Sepat.

"Mungkin kena buat DNA untuk sahkan itu mayat Datuk,” kata Elias yang enggan menyatakan nama penuhnya.

Bekas suami pertama Sosilawati yang dikenali sebagai Buhari dilihat memasuki rumah Sosilawati kira-kira pukul 12.30 tengah hari. – Bernama


Nota Comel: kekayaan dunia hanya sementara..
waallahualam..



Saturday, September 11, 2010

Raya raya raya selamat hari raya 2010



Bismillah..

Kebabom! bomm..weeeeeeeeeeee kebabom!! hahaha bunyi mecon la tu kan....ha..

Selamat Hari Raya AidilFitri..maaf zahir dan batin pada uOls semua.Hari ni baru boleh nak update belog.Oleh kerana kebizian yang melampau lampau dan jugAk line tenet yang sangtlah sengal ayam..xdapat lah i nak update hoi.

Semalam mang penat gilak la kan..ramai sedara mara yg serbu umah aii kt kg ni ha...kesana kesini lenguh kaki siot,,tapi xpe.,.seronok ok..bukan senang nak berkumpul ramai2 macam ni kan..setahun sekali jek kot..yang paling best aii dapat duit raya lagi ok..walopon! hahah

Bila dah raya macam2 la yang masukl lam pewot ni...nasi minyak, ketupat, nasi impit,rendang ayam,kuah kacang semua tu umi lah yang masak....mang terbaik lah..kan..hari ni plak makan lontong, umi jugak yang buat,,,best bangat ok..puasa dah turun 2 kg...agak2 raya naik lg 4 kg..HUHUHU....

ok lah...tu jek nak citer sal raya..mybe raya ke 6 br i keje balik..lame ok aii cuti..muahahah,,,

selamat hari raya..maaf jikalau ade tersalah taipo atau tersalah kata....muaahh2..

abaikan kerusi yg besar tu yer hek3

Nota Comel : rindu Ramadhan


Saturday, September 4, 2010

hari-hari terakhir

Bismillah

Meniti hari-hari terakhir dibulan Ramadhan Al Mubarak. Adakah UOls da menjalani ibadah puasa dengan sempurnanya tahun ni? ada yang masih lagi liat nak berpuasa? liat nak bangun sahur atau mybe masih ramai yang kejut sahur?HUHUHUHU.Alahmdulillah sepanjang 24 hari kita berpuasa, belom pernah lah tak terkejut sahur.Thanks to my mom sebab hari2 dia la yang kejutkan kami semua.HEEHEE....

Banyak kelebihan yang kita dapat sepanjang Bulan Ramadhan ni kan. Yang tak sihat akan bertambah sihat, yang gemuk akan kurus, yang malas bangun pagi akan rajin bangun kalau tak nak lapar lah disiang hari. Yang da lama tinggalkan Al-Quran da mula membacanya balik, yang dulu tak tutup aurat da mula belajar2 menutup aurat.Memang Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat. Tapi jangan semua kebaikan ni hanya diamalkan dalam Bulan Ramadhan sahaja.Kalau boleh teruskan hingga bila-bila...InsyaAllah..

lagu dari Opick Rapuh ni memang sangat2 menusuk kalbu.Bercinta xsalah, tapi janganlah melebihi cinta kita pada Allah dan Rasulnya..layan....

video


Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup ku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

ohh...ohh...ohh...ohh..

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Nota Comel:
mood mendengar lagu2 raya



Thursday, September 2, 2010

Resepi simple Stew Ayam

Bismillah...

InsyaAllah, lagi 7 hari kita akan menyambut Hari raya.Dah xlame kan, da nak berakhir pun Bulan Ramadhan.Cepat betul masa berlalau.Rasa macam belum puas nak berpuasa ni.HUHUHUHU.

Kali ni, nak sharekan satu lagi resepi yang ringkas tapi sangat sedap dan berkhasiat iaituv Stew Ayam. Masakan yang selalu dimasak oleh Kak Long setiap kali dia balik. Memang terbaik lah kalau dia masak..sedap..pekat dan nyummy....nak tau resepinyer jujum i tunjuk.

Stew Ayam Simple

Bahan-bahan

Ayam (setengah ekor dipotong sederhana)

1 ulas bawang besar

3-4 biji Bunga cengkih

Bunga lawang

kulit kayu manis

air

lada sulah

garam secukup rasa

2 biji ubi kentang

1 biji lobak merah

sedikit tepung jagung +sedikit air

Cara-cara Membuat

Gaulkan ayam dengan lada sulah dan sedikit garam,perap seketika.

Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah digaul tadik,hingga kekuningan.Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.kacau seketika Masukkan air (ikut banyak mane kuah yang uOls nak).

Kemudian masukkan lobak merah dan ubi kentang (dipotong 4).

masukkan garam, gula dan lada sulah (secukup rasa)

Bila da agak mendidih, masukkan pula sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah (kacau tepung jagung dalam air sebelum masukkn kedalam stew tadi). Ikut kesukaan uOls samada nak stew ayam tersebut pekat atau tidak. Last sekali masukkan bawang besar yang dipotong 4.

Bila da masak, tutup api dan boleh la dihidangkan bersama nasi atau pun roti.

TADAAA!!! ini lah hasilnyer yer....

-

-

-

-

Gambar hasil carian Google

* bahan-bahan tak dapat nak agak bape banyak..so ikut suka lah yer, pandai2 la agak.


Nota Comel: bulan puasa tgk

ape pon sedap..

dugaan...


Nuffnang