Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Wednesday, April 21, 2010

eiyDa:: Bila PMS dan Moon coming Terjah ::

Bismillah

Auucchh!! saket pewot memulas2..nak berak bukan..tapi adess..knp sakit sangat perut ni..mencucuk sakit pinggang..semua adelah. Pastu mud kureng jek..muke masam cam asam boi, muncung leh ikat riben semua tak kena. rase geram kat semua oran..xder mud nk wat keje deting pon mls jek.Nak tengok adamaya pon xder mood gaks..apekah?.ahha. Ni namanyer gejala Premenstrual Syndrome (PMS) atau lam bahasa melayunyer Pra-Haid iaitu gejala fizikal, psikologi dan emosi yang boleh datang sehingga 14 hari sebelum seseorang wanita didatangi haid.

Meh nak share sikit ngan korang pasal PMS ni. Bukan untuk kaum wanita sahaja..untuk kaum lelaki jugak, supaya korang faham situasi kaum wanita apabila Moon coming.Tak der la korang asek nak salahkan kaum wanita jek bila hal2 ni berlaku kan...cakap semua ni alasan.no no ok!

Gejala

Terdapat banyak gejala sindrom pra-haid atau PMS, antara yang biasa dialami ialah:

  • tekanan
  • mudah marah, naik angin{mosimage}
  • mudah penat
  • sakit pada sendi, belakang
  • kembung perut /buncit
  • sakit kepala
  • tumbuh jerawat
  • sukar tidur
  • naik berat badan
  • sembelit
  • selera makan berubah
  • sukar beri tumpuan
Pencegahan

Antara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkannya ialah dengan:

  • elakkan atau kawal tekanan
  • dapatkan tidur secukupnya
  • mandi air panas
  • minum teh panas diperah limau atau lemon
  • untuk perut cramp, minum teh peppermint atau chamomile
  • stabilkan kandungan gula dalam darah dengan makan sedikit tetapi kerap
  • lebihkan serat daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang
  • elakkan daging merah dan makanan berminyak, berlemak
  • kurangkan gula, garam (sodium) dan kafein
  • amalkan bersenam
  • segelas susu panas dengan serbuk kayu manis mungkin membantu
  • Coklat
Berapa lamakah satu Kitaran Haid?

Biasanya ia akan berpanjangan sehingga 28 hari tetapi ia bergantung kepada individu tertentu. Kamu boleh menganggap kitaran yang 21 hingga 35 hari sebagai normal. Hari pertama kitaran bermula merupakan hari pertama kamu datang haid. Ia akan berakhir sebelum haid kamu yang seterusnya bermula.

Kiranya sebulan sekali adalah wajib kamu didatangi haid.Ada juga yang datang 2 bulan sekali atau 1 bulan 2 kali.Tu tak normal namanya.Haid ni sangat tak selesa, akan selalu berpeluh, rimas, tak selesa dan rasa tak yakin.

Jenis-jenis Pad


Panty Liner
Kegunaan selepas haid/kandungan darah haid semakin kurang
Boleh di gunakan setiap hari untuk keselesan



Overnight Wing
guna pada waktu malam untuk elak dr kebocoran.
Maxi Wing
Guna Sehari-hari pada waktu siang @waktu haid kurang/sedikit

Pada suami2..ayah2..abang..adek2 atau pakwe2 sekalian.sila take note yer..senang kalo nak mintak tolong belikan..hehe..bukn der wing maknenyer leh terbang tau! hahah..ader safegurd sebenonyer..heheh =p

Sumber : klik sini
Nota Comel: Time datang moon
rase comel jek.heheh =p


0 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home